Pembinaan
Jadual Spesifikasi (JSU) Pendidikan Islam
KONSEP
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Jadual
Penentuan Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print atau Test
Specification. JPU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan
(paksi menegak) dengan paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam ruangan
aras kemahiran pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan
dengan taksonomi objektif pendidikan. Secara am objektif pengajaran
dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam sukatan
pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-tiap pelajran mempunyai
penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif mata pelajaran
berkenaan.
Senarai
semak penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berikut akan dapat menentukan
penyediaan ujian untuk semua objektif pengajaran yang telah ditetapkan telah
diliputi. Beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan adalah:
Adakah
JSU mengandungi tajuk diajar?
Adakah
JSU mengandungi aras pengetahuan dan kemahiran sebagaimana objektif sukatan
pelajaran?
Adakah
pemberatan markah mengikut nisbah kandungan dan masa yang diperuntukkan bagi
pengajaran sesuatu tajuk?
Adakah
tajuk yang digunakan bagi pengajaran seterusnya diberi pemberatan yang lebih?
Adakah
tajuk berkaitan dengan aktiviti atau amali diberi lebih pemberatan?
Adakah
aras kemahiran asas pengetahuan, kefahaman dan penggunaan diambilkira?
Adakah
aras kemahiran yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian
diambilkira?
Adakah
semua markah dan bilangan soalan digenapkan agar memudahkan pembinaan ujian?
Adakah
JSU mengandungi soalan pelbagai bentuk ujian objektif dan subjektif?
Adakah
JSU menunjukkan bilangan soalan jawapan dibina dan jawapan dipilih?
Dengan
membina JSU dapat membantu guru menyatakan topik-topik dalam isi pelajaran atau
kandungan kursus dan objektif tingkahlaku atau kemahiran yang guru inginkan
murid-muridnya itu belajar. Jadual Spesifikasi dapat menentukan penegasan isi,
taburan bilangan item (soalan) ujian/peperiksaan mengikut pemberatan.
6.4
KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
i.
Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
ii.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
iii.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada
guru yang mengajar dan menggubal ujian.
iv.
Memastikan terdapat perseimbangan antara topk-topik dengan
aras-aras kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai).
v.
Menjadi panduan membentuk format ujian.
vi.
Menjadi panduan membentuk soalan.
vii.
Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.
viii.
Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.
ix.
Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.
x.
Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke
semasa.
KOMPONEN
UTAMA DALAM JSU
i.
Paksi
Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahan-bahan itu
boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi topic seperti yang
terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang
mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah,
Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan dan
kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.
ii.
Paksi
Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang merupakan
perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada tiap-tiap
topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi pendidikan
iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
iii.
Paksi
Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiap-tiap
topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan
kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu
ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah
berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan
kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
·
Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan
dicatatkan di hujung paksi tersebut.
·
Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan
yang sesuai objektif atau esei.
·
Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan
dengan aras kemahiran.
iv.
Kepayahan
soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan peratus calon
yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin besar peratus
semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan
norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan
yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah iaitu
lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi
kepada calon-calon yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih kurang 30%
daripada calon dapat menjawabnya, boleh menjadi pencabar kepada calon-calon
yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga
60%. Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras kepayahan sederhana
boleh menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.
LANGKAH
MENYEDIAKAN JSU
Langkah
1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah,
objektif, topik-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja kursus
serta kerja amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak berulang secara
tepat dalam ujian/peperiksaan.
Langkah
2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis
soalan, bahagian, bilangan soalan, peruntukan masa bagi setiap bahagian,
pemberatan markah.
Buat
rumusan format seperti contoh berikut:
Rumusan
Format
Mata
Pelajaran :
Pendidikan Islam
Panjang
Masa :
2 jam
Bentuk
: Objektif dan esei
Markah
: 100
Perkara
|
Objektif
|
Esei
|
Masa
|
1
jam
|
1
jam
|
Markah
|
40
|
60
|
Bilangan
soalan
|
40
|
3
|
Markah
1 soalan
|
1
|
20
|
Masa
bagi setiap soalan
|
1.5
minit
|
20
minit
|
Langkah
3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan
bagi setiap tajuk.
Contoh
JSU Mata Pelajaran: Pendidikan Islam
Tajuk:
Solat Lima Waktu
Kandungan@
Tajuk
|
Domain
Kognitif (Objektif Intelektual)
|
Jumlah
%
|
|||||
Pengetahuan
|
Kefahaman
|
Aplikasi
|
Analisis
|
Sintesis
|
Penilaian
|
||
Pengertian
|
1
|
1
|
|||||
Bilangan
Waktu
|
1
|
1
|
|||||
Rukun
|
1
|
1
|
1
|
1
|
4
|
||
Hikmah
|
1
|
1
|
|||||
Jumlah
|
2
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
7
|
Peratus
|
28.5
|
14.3
|
14.3
|
14.3
|
14.3
|
14.3
|
100
|
Nota:
Ratio untuk mudah: sederhana: sukar = 1:3:1
Tidak
semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran mesti diuji dalam sesuatu
penilaian/ujian. Araskemahiran boleh diubahsuai kepada mudah dan sukar.
Untuk
pengujian domain kognitif, Taksonomi Bloom digunakan untuk menggubal item-item
yang berbeza.
Penilaian
: beri pendapat,
kritik, interpretasi, menilai
Sintesis:
kategorikan, organisasi,
ulangkaji, merencana
Analisis:
mengasingkan, sediakan,
illustrasi,
tugaskan
Aplikasi:
Tunjukkan, ramal,
selesai, ubahsuai
Kefahaman:
rumuskan, huraikan,
Bandingbeza,
berikan contoh
Pengetahuan:
senarai, definisi,nyata,
label, pilih
Secara
umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item
ujian: item aras rendah
(menguji
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras tinggi (menguji analisis,
sintesis dan penilaian). Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa
item beraras tinggi bukanlah item yang sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi
berkehendakkan calon untuk menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks
atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau
kemahiran yang dipilih dan diuji harus padan dengan objektif ujian dan
perkembangan kognitif pelajar. Walau bagaimana pun, item-item yang menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi digalakkan.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment