Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts

Friday, 28 April 2017

SKKSM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM

Bidang ini menekankan tanggungjawab pengetua / guru besar memimpin dan mengurus akitivit kokurikulum untuk menyokong dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Pengetua / gurubesar sekolah hendaklah mampu mewujudkan aktiviti yang memberi peluang seluas-luasnya kepada murid untuk menambah, mengukuh, mengamal pengetahuan serta kemahiran bagi mengembangkan potensi murid dengan menerapkan nilai murni yang diperoleh.

3.1     Mempunyai pengetahuan mengenai:

3.1.1   Dasar Pendidikan Negara dan peraturan yang berkaitan serta perkembangan           terkini.
3.1.2   Penjanaan strategi untuk meningkatkan prestasi kokurikulum.
3.1.3   Prinsip dan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan kokurikulum.
3.1.4   Penggunaan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong   aktiviti kokurikulum.
3.1.5   Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid melalui kegiatan           kokurikulum.
3.1.6   Prinsip dan teknik penilaian serta penambahbaikan prestasi program dan murid ke arah kecemerlangan kokurikulum secara analitis dan saintifik

3.2     Memiliki nilai profesional berikut:

3.2.1   Berpegang pada prinsip bahawa setiap murid mesti terlibat dalam aktiviti           kokurikulum.
3.2.2   Mempunyai minat dan komitmen yang mendalam terhadap aktiviti kokurikulum.
3.2.3   Berupaya menghadapi cabaran serta dapat menangani masalah dan isu-isu           yang berkaitan dengankokurikulum.
3.2.4   Mempercayai bahawa aktiviti kokurikulum dapat memperkembangkan ciri-ciri           peribadi murid

3.3     Melakukan amalan terbaik dalam:

3.3.1   Membina dasar kokurikulum sekolah berlandaskan Dasar Pendidikan Negara           dan peraturan sertaperkembangan terkini.
3.3.2   Merancang dan melaksana pelan strategik kokurikulum.
3.3.3   Melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kokurikulum.
3.3.4   Memastikan pengurusan dan kepimpinan kokurikulum berasaskan prinsip dan     peraturan.
3.3.5   Mengembangkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid melalui kegiatan        kokurikulum.
3.3.6   Melaksanakan penilaian dan penambahbaikan program secara berterusan           seperti penglibatan murid danguru secara analitis dan saintifik.
3.3.7   Membentuk watak sekolah melalui program kokurikulum

Sunday, 15 May 2016

MAKLUMAN KOKURIKULUM SEKOLAH



Perkongsian dokumen dengan tujuan rujukan bahagian Kokurikulum bagi sekolah:

1. Surat-surat Kokurikulum
Rujukan 1
Rujukan 2

2. Penubuhan Kelab di sekolah
Rujukan 1

3. Penyeragaman Aktiviti Kokurikulum
Rujukan 1


Contoh Pengurusan Kokurikulum
Sekolah A

LAPORAN AKHBAR: AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Calvin Woo, published in THE STAR dated 15 August 2010 on the issue of – One activity is enough.
 
Kegiatan Kokurikulum bererti apa sahaja kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pegetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
 
  Warta Kerajaan bertarikh, 31 Disember 1997, Jld. 41, No: 26, Tambahan No:94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)
 
Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 7 Nov 1979; telah menyatakan bahawa:
 
“mewajibkan setiap murid mengambil satu aktiviti bagi setiap bidang.”
 
 
Manakala di dalam Surat Pekeling Ikhtisas bil 1/1985: Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah menjelaskan bahawa:
 
“ Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Matlamat gerakerja kokurikulum ialah penyertaan setiap orang murid  hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja..”
 
Jenis Aktiviti:
i.              Pasukan Badan Beruniform
ii.            Kelab/Persatuan
iii.           Sukan/Permainan
 
 
Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, Jilid 11, Bil: 27, No: 5652 telah membuat ketetapan pembahagian masa untuk aktiviti kokurikulum seperti berikut:
 
1.1.        Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1 hingga 6 : 180 minit seminggu
1.2.        Murid Sekolah Menengah Tingkatan 4 & 5, aliran sains dan pertanian: 140 minit seminggu
1.3.        Murid Sekolah Menegah Tingkatan 4 & 5 aliran teknik : 100 minit seminggu.
4.4.      Murid Sekolah Rendah, Tahun 5 dan 6:   120 minit seminggu
4.5.      Murid Sekolah Rendah, Tahun 3 dan 4:    60 minit seminggu

Sehubungan itu, semua murid diwajibkan menyertai ketiga-tiga jenis aktiviti di sekolah atas pilihan dan bakat yang mereka miliki di samping kemudahan yang sedia ada di sekolah mengikut tempoh pelaksanaan aktiviti di antara 60 minit hingga 180 minit minimum seminggu berdasarkan peringkat umur murid dan kelas pengajian mereka.
 
Penyusunan jadual aktiviti di sekolah adalah berdasarkan kebijaksanaan pengurusan sekolah. Sekolah dicadangkan menjalankan aktiviti sekali seminggu dengan tempoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan peringkat umur murid dan kelas pengajian mereka.
 
 
 
CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA