Thursday, 16 December 2021

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPS SENTIASA SIAP SIAGA PANTAU PELAJAR



Ipoh, 16 Disember 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim menegaskan polis melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sentiasa bersiap siaga memantau perjalanan pelajar bagi membendung pelbagai kes termasuk buli.

Menurutnya, peranan PPS perlu dimanfaat sebaik mungkin untuk kesejahteraan sekolah.

"Pengetua, guru besar atau warden boleh berbincang dengan PPS ini. Penempatan PPS di setiap sekolah ini bagi memastikan maklumat dapat di salurkan dengan segera.

“Kalau kita lihat daripada kejadian buli terbabit memang perlunya maklumat awal itu disalurkan kepada pihak polis dan sekolah. Jadi, kita memang ada memperuntukkan seorang PPS setiap sekolah, malah ada sekolah besar kita letak lebih daripada seorang," katanya pada sidang media selepas hadir Perhimpunan Khas Kontinjen Perak di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.
https://www.facebook.com/100064506887551/posts/279360150890879/?d=n

Tuesday, 30 November 2021

Cadangan Borang Aku Janji sekolah kepada pihak Ibubapa/anak-anak

Penyediaan 'Mind Set' awal kepada ibubapa/penjaga berkenaan peranan mereka & budaya persekitaran sekolah amat penting diterjemahkan dalam bentuk borang komitmen. Ini kerana selain penerangan berkala dalam sesi-sesi yang diberikan sekolah termasuklah:

1) sesi Taklimat Ibubapa,
2) sesi Taklimat Kemasukan
3) sesi Taklimat Disiplin, Tarbiah & Kokurikulum, 

perekodan persetujuan bersama harus ada. 

Sehubungan dengan itu, berikut disertakan contoh borang Aku Janji yang boleh dimanfaatkan oleh pihak pengurusan sekolah: https://bit.ly/borangakuanSMSAAB

I. Borang Perjanjian Jaminan Tatatertib 2022, (Borang PJT2022)

II. Borang Surat Akuan Kesihatan 2022, (Borang SAK2022)

III. Borang Akuan Bapa Ibubapa Penjaga 2022, (Borang ABIP2022)


Disertakan beberapa contoh "Surat Aku Janji" beberapa sekolah KPM


  



Friday, 22 October 2021

BENGKEL 10 : MUDAHNYA MEREKOD SAHSIAH SEPANTAS 2 SAAT GUNA STUDENTQR 2.0!





Jemputan Istimewa minggu ini : 

Cikgu Mahfuz (Guru Kanan Kurikulum Diniyyah, SRI Al Amin Wilayah Persekutuan)
Cikgu Ahmad Fadhli (Pengetua, SM Sri Al Amin Bangi) 


Kelebihan StudentQR 2.0 :

📩Data perekodan berpusat disimpan rapi di cloud
📩Laporan lengkap sedia untuk di hantar bila-bila
📩Boleh akses secara offline
📩Fungsi Backdated submission dikemas kini
📩Integrasi dengan kod QR
📩Lihat markah keseluruhan PDPR, PBD & PAJSK


Hadiri Bengkel 10 untuk tahu lebih lanjut mengenai fungsi terbaru: 

Tarikh : 22 Oktober 2021 (JUMAAT)
9.00 malam
Pautan link : Zoom/Youtube -
https://bit.ly/bengkelrekodsahsiah /
https://youtu.be/qbUZS_EXZNw

Sunday, 3 October 2021

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Penggiliran (PdP) - Manual Operasi KPM

Asssalamualaikum/Selamat sejahtera.


Pada 1 Oktober 2021, KPM telah mengeluarkan satu manual atau garis panduan tatacara pengoperasian Pengajaran & Pembelajaran (PdP) secara penggiliran.

Manualnya ringkas dan mudah difahami.

Antara perkara penting (Kata kunci):


1. PdP berlaku 2 keadaan - PdP bersemuka di sekolah & PdPR kendiri di rumah.
2. Contoh penggiliran:

📌Minggu 1

Kumpulan A - belajar di sekolah (PdP bersemuka)
Kumpulan B - belajar di rumah (PdPR kendiri)

📌Minggu 2

Kumpulan A - belajar di rumah (PdPR kendiri)
Kumpulan B - belajar di sekolah (PdP bersemuka)

3. PdPR kendiri di rumah tidak perlu pentaksiran bilik darjah (PBD). 

📚 PdPR kendiri = PdPR secara sendiri-sendiri di rumah berpandukan bahan pembelajaran yang diberikan guru.



























3. https://www.cikguhijau.com/2021/10/garis-panduan-pengajaran-dan.html

Friday, 15 January 2021

[DOWNLOAD] Pelaksanaan Kurikulum 2021 & Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 Kementerian Pendidikan Malaysia

 Salam #PKP #PKPB #PKPP semua.


Di sini dikongsikan garis panduan Pelaksanaan Kurikulum 2021:

1. Format PDF: https://drive.google.com/file/d/1tUq3lTSttn3nYbyMjqDY7nxEGIDZcm3k/view?usp=sharing

2. Format Imej adalah seperti di bawah. Untuk simpan, sila klik pada gambar kemudian 'right click' dan pilih 'save images as'.

Bermula tahun 2020, pelaksanaan kurikulum adalah berdasarkan dokumen penjajaran kurikulum. Penjajaran kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang terdiri daripada kandungan asas, kandungan tambahan dan kandungan pelengkap. 

1. Tahun 2020 - Dokumen Penjajaran Kurikulum 1.0
2. Tahun 2021 - Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0


MUAT TURUN (DOWNLOAD) 
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 di laman web rasmi BPK:



3. Penjajaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) / Program Transisi Tahun 1 2021: http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/lain-lain/category/474-program-transisi-tahun-1-2021























Sumber:
1. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM
2. Kompilasi oleh blog cikgu hijau, https://www.cikguhijau.com/2021/01/pelaksanaan-kurikulum-2021-dokumen.html

Wednesday, 19 August 2020

JAWATAN KUASA MPGBSIM 2020-2022

Pengerusi En Isharuddin bin Ismail SMI Hira’ & Madrasah Tahfiz Al-Quran Hira’ Jeram

Timbalan Pn Alia bt Md Nazir SMI Al-Amin Gombak (Jawatankuasa Dana) Setiausaha En Mohamad Faiz Bin Azizan SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan

Timbalan Setiausaha En Umar Al-Mukhtar b. Ismail SRI Amal Rintis Pulau Pinang (Jawatankuasa Kokurikulum)

Bendahari Datin Wan Norsiah Bt Wan Abdullah SM Usahawan Al-Amin Ulu Klang

AJK 1 En Ahmad Fadhli Bin Mohd Faudzi SM Sri Al-Amin Bangi (Jawatankuasa Media) 2 En Mohd Syahir bin Ismail SMI Al-Azhar (Jawatankuasa Hubungan Koperat) 3 Pn Seri Juli Emas Wati Adnan SMI Hidayah Johor Bahru (Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah) 4 En Mohd Razman B Ranzan SRI Al-Azhar Jitra (Jawatankuasa Pembangunan Insan) 5 En Hazim Md Rosnan SRI Al Amin Putra Mahkota (Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisma PGB)

Sunday, 30 September 2018

JSU PENDIDIKAN ISLAM

Pembinaan Jadual Spesifikasi (JSU) Pendidikan Islam
KONSEP JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Jadual Penentuan Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print  atau Test Specification. JPU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi menegak) dengan paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam ruangan aras kemahiran pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan taksonomi objektif pendidikan.  Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-tiap pelajran mempunyai penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif mata pelajaran berkenaan.

Senarai semak penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berikut akan dapat menentukan penyediaan ujian untuk semua objektif pengajaran yang telah ditetapkan telah diliputi. Beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan adalah:


Adakah JSU mengandungi tajuk diajar?

Adakah JSU mengandungi aras pengetahuan dan kemahiran sebagaimana objektif sukatan pelajaran?

Adakah pemberatan markah mengikut nisbah kandungan dan masa yang diperuntukkan bagi pengajaran sesuatu tajuk?

Adakah tajuk yang digunakan bagi pengajaran seterusnya diberi pemberatan yang lebih?

Adakah tajuk berkaitan dengan aktiviti atau amali diberi lebih pemberatan?

Adakah aras kemahiran asas pengetahuan, kefahaman dan penggunaan diambilkira?

Adakah aras kemahiran yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian diambilkira?

Adakah semua markah dan bilangan soalan digenapkan agar memudahkan pembinaan ujian?

Adakah JSU mengandungi soalan pelbagai bentuk ujian objektif dan subjektif?

Adakah JSU menunjukkan bilangan soalan jawapan dibina dan jawapan dipilih?


Dengan membina JSU dapat membantu guru menyatakan topik-topik dalam isi pelajaran atau kandungan kursus dan objektif tingkahlaku atau kemahiran yang guru inginkan murid-muridnya itu belajar. Jadual Spesifikasi dapat menentukan penegasan isi, taburan bilangan item (soalan) ujian/peperiksaan mengikut pemberatan.

6.4    KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

i.      Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
ii.     Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
iii.   Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada guru yang mengajar dan menggubal ujian.
iv.   Memastikan terdapat perseimbangan antara topk-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai).
v.    Menjadi panduan membentuk format ujian.
vi.   Menjadi panduan membentuk soalan.
vii.  Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.
viii. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.
ix.   Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.
x.    Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.

KOMPONEN UTAMA DALAM JSU

i.              Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahan-bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi topic seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan dan kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.

ii.             Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

iii.            Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiap-tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

·      Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung paksi tersebut.
·      Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau esei.
·      Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.

iv.                Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin besar peratus semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi kepada calon-calon  yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya, boleh menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%. Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras kepayahan sederhana boleh menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.

LANGKAH MENYEDIAKAN JSU

Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah, objektif, topik-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja kursus serta kerja amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak berulang secara tepat dalam ujian/peperiksaan.

Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis soalan, bahagian, bilangan soalan, peruntukan masa bagi setiap bahagian, pemberatan markah.
Buat rumusan format seperti contoh berikut:

Rumusan Format

Mata Pelajaran         :        Pendidikan Islam
Panjang Masa          :        2 jam
Bentuk                      :        Objektif dan esei
Markah                     :        100

Perkara
Objektif
Esei
Masa
1 jam
1 jam
Markah
40
60
Bilangan soalan
40
3
Markah 1 soalan
1
20
Masa bagi setiap soalan
1.5 minit
20 minit

Langkah 3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan bagi setiap tajuk.

Contoh JSU Mata Pelajaran: Pendidikan Islam

Tajuk: Solat Lima Waktu

Kandungan@ Tajuk
Domain Kognitif (Objektif Intelektual)
Jumlah %
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Pengertian
1





1
Bilangan Waktu
1





1
Rukun

1
1

1
1
4
Hikmah



1


1
Jumlah
2
1
1
1
1
1
7
Peratus
28.5
14.3
14.3
14.3
14.3
14.3
100

Nota:     Ratio untuk mudah: sederhana: sukar = 1:3:1

Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran mesti diuji dalam sesuatu penilaian/ujian.  Araskemahiran boleh diubahsuai kepada mudah dan sukar.

Untuk pengujian domain kognitif, Taksonomi Bloom digunakan untuk menggubal item-item  yang berbeza.
                                                                                        Penilaian : beri pendapat,
                                                                                               kritik, interpretasi, menilai
                                                                            Sintesis: kategorikan, organisasi,
                                                                         ulangkaji, merencana
                                                            Analisis:  mengasingkan, sediakan,
                                                          illustrasi, tugaskan
                                            Aplikasi: Tunjukkan, ramal,
                                          selesai, ubahsuai
                          Kefahaman:  rumuskan, huraikan,
                        Bandingbeza, berikan contoh
          Pengetahuan:  senarai, definisi,nyata,
       label, pilih

Secara umumnya,  enam aras ini boleh  digunakan untuk membina dua set item ujian: item aras rendah
(menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras tinggi (menguji analisis, sintesis dan penilaian).  Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa item beraras tinggi bukanlah item yang sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi berkehendakkan calon untuk menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks  atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau kemahiran yang dipilih dan diuji harus padan dengan objektif ujian dan perkembangan kognitif pelajar. Walau bagaimana pun, item-item yang menggunakan  kemahiran berfikir aras tinggi digalakkan.

Rujukan: