Friday, 28 April 2017

SKKSM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM

Bidang ini menekankan tanggungjawab pengetua / guru besar memimpin dan mengurus akitivit kokurikulum untuk menyokong dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Pengetua / gurubesar sekolah hendaklah mampu mewujudkan aktiviti yang memberi peluang seluas-luasnya kepada murid untuk menambah, mengukuh, mengamal pengetahuan serta kemahiran bagi mengembangkan potensi murid dengan menerapkan nilai murni yang diperoleh.

3.1     Mempunyai pengetahuan mengenai:

3.1.1   Dasar Pendidikan Negara dan peraturan yang berkaitan serta perkembangan           terkini.
3.1.2   Penjanaan strategi untuk meningkatkan prestasi kokurikulum.
3.1.3   Prinsip dan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan kokurikulum.
3.1.4   Penggunaan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong   aktiviti kokurikulum.
3.1.5   Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid melalui kegiatan           kokurikulum.
3.1.6   Prinsip dan teknik penilaian serta penambahbaikan prestasi program dan murid ke arah kecemerlangan kokurikulum secara analitis dan saintifik

3.2     Memiliki nilai profesional berikut:

3.2.1   Berpegang pada prinsip bahawa setiap murid mesti terlibat dalam aktiviti           kokurikulum.
3.2.2   Mempunyai minat dan komitmen yang mendalam terhadap aktiviti kokurikulum.
3.2.3   Berupaya menghadapi cabaran serta dapat menangani masalah dan isu-isu           yang berkaitan dengankokurikulum.
3.2.4   Mempercayai bahawa aktiviti kokurikulum dapat memperkembangkan ciri-ciri           peribadi murid

3.3     Melakukan amalan terbaik dalam:

3.3.1   Membina dasar kokurikulum sekolah berlandaskan Dasar Pendidikan Negara           dan peraturan sertaperkembangan terkini.
3.3.2   Merancang dan melaksana pelan strategik kokurikulum.
3.3.3   Melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kokurikulum.
3.3.4   Memastikan pengurusan dan kepimpinan kokurikulum berasaskan prinsip dan     peraturan.
3.3.5   Mengembangkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid melalui kegiatan        kokurikulum.
3.3.6   Melaksanakan penilaian dan penambahbaikan program secara berterusan           seperti penglibatan murid danguru secara analitis dan saintifik.
3.3.7   Membentuk watak sekolah melalui program kokurikulum

SKKSM 2 PENGURUSAN KURIKULUM

Bidang ini memberikan fokus kepada fungsi pemimpin sebagai pengurus kurikulum yang menggerakkan segala sumber untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan semua murid.

2.1     Mempunyai pengetahuan mengenai:

2.1.1   Dasar Pendidikan Negara, Kurikulum Kebangsaan, undang-undang dan           peraturan relevan dengan kurikulumserta perkembangan terkini dalam           pendidikan.
2.1.2   Penjanaan strategi untuk meningkatkan prestasi kurikulum.
2.1.3   Prinsip pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2.1.4   Prinsip dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.1.5   Penggunaan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong   pengajaran danpembelajaran.
2.1.6   Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid.
2.1.7   Prinsip dan terbaik penilaian dan penambahbaikan prestasi program dan murid ke arah kecemerlangan secara analitis dan saintifik.

2.2     Memiliki nilai profesional berikut:

2.2.1   Berpegang pada prinsip bahawa setiap murid boleh belajar dan berhak           mendapat pengajaran dan pembelajaran.
2.2.2   Berpegang pada prinsip bahawa setiap murid mesti terlibat dalam aktiviti           kurikulum
2.2.3   Menghargai masa pembelajaran akademik murid.
2.2.4   Berupaya menghadapi cabaran serta dapat menangani masalah dan isu-isu           yang berkaitan dengankurikulum.
2.2.5   Komited terhadap usaha memajukan prestasi akademik murid.
2.2.6   Berpegang teguh pada ekspektasi yang tinggi dalam pengajaran dan           pembelajaran.

2.3     Melakukan amalan terbaik dalam:

2.3.1   Membina dasar kurikulum sekolah berlandaskan Dasar Pendidikan Negara,           Kurikulum Kebangsaan,undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan      serta perkembangan terkini.
2.3.2   Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan prinsip           dan peraturan.
2.3.3   Melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kurikulum.
2.3.4   Menggunakan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong   pengajaran danpembelajaran.
2.3.5   Meletakkan sasaran dan cabaran yang tinggi terhadap pencapaian sekolah.
2.3.6   Memastikan pembelajaran menjadi teras aktiviti sekolah.
2.3.7   Menjalankan penilaian dan penambahbaikan program kurikulum seperti           pemantauan pengajaran danpembelajaran berterusan, menganalisis prestasi           pengajaran dan pembelajaran serta memberi maklum balaskepada guru untuk tindakan penambahbaikan.

KEMAHIRAN PENGURUSAN KEPIMPINAN

1- PROTOKOL RASMI SEKOLAH
SLIDE 1

2- PENGURUSAN SEKOLAH

SLIDE 2

3- PENGURUSAN MESYUARAT YANG BERKESAN

SLIDE 3



SKKSM 1 PENGURUSAN & KEPIMPINAN ORGANISASI

Bidang ini menghuraikan kompetensi yang harus dimiliki oleh seseorang pengetua / guru besar dalam menggerakkan sumber bagi mencapai objektif organisasi dan mencakupi aspek pembentukan hala tuju organisasi, konsep pembelajaran sepanjang hayat, menangani perubahan serta kualiti peribadi dan profesional.

1.1     Mempunyai pengetahuan mengenai:

1.1.1   Dasar, perundangan dan trend tempatan, kebangsaan dan global yang relevan.
1.1.2   Teori dan prinsip pengurusan organisasi.
1.1.3   Teori dan prinsip kepimpinan berkesan.
1.1.4   Pengurusan strategik organisasi.
1.1.5   Pengurusan teknologi komunikasi dan maklumat terkini.
1.1.6   Pengurusan pembangunan personal dan organisasi.
1.1.7   Kepimpinan dan pengurusan perubahan
1.1.8   Prinsip dan teknik penilaian serta penambahbaikan prestasi organisasi secara           analitis dan saintifik.


1.2     Memiliki nilai profesional berikut:

1.2.1   Kreatif, inovatif dan bermotivasi dalam menerajui organisasi.
1.2.2   Komited terhadap budaya menuntut ilmu sepanjang hayat untuk diri dan warga           organisasi.
1.2.3   Berpegang pada prinsip ekuiti, akauntabiliti dan integriti dalam menerajui           kecemerlangan pendidikan.
1.2.4   Berani dan sanggup mengambil risiko.
1.2.5   Komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan

1.3     Melakukan amalan terbaik dalam:

1.3.1   Menterjemah dan mengaplikasikan dasar, perundangan dan trend tempatan,           kebangsaan dan global dalam pengurusan organisasi.
1.3.2   Memastikan pengurusan organisasi berteraskan prinsip pengurusan organisasi     berkesan.
1.3.3   Menjana visi dan misi organisasi.
1.3.4   Merancang dan melaksanakan strategi dengan berkesan.
1.3.5   Menggunakan maklumat, dapatan kajian, pendekatan dan teknologi terkini dalam           pengurusan organisasi.
1.3.6   Menghayati dan memupuk budaya menuntut ilmu sepanjang hayat melalui           program-program terancang.
1.3.7   Membawa dan melaksanakan perubahan dengan mengambil kira teori           perubahan, amalan semasa dan tuntutan akan datang.
1.3.8   Menjalankan penilaian dan penambahbaikan pengurusan organisasi           menggunakan instrumen terkini seperti Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

STANDARD KOMPETENSI KEPENGETUAAN SEKOLAH MALAYSIA (SKKSM)



Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) digubal berteraskan kepada Rukun Negara, Wawasan 2020, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berlandaskan teori-teori yang berkaitan pendidikan kini. SKKSM menyediakan standard kompetensi dalam sembilan bidang iaitu:

Bil
Bidang Standard Kompentesi
1
Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
2
Pengurusan Kurikulum
3
Pengurusan Kokurikulum
4
Pengurusan Hal Ehwal Murid
5
Pengurusan Kewangan
6
Pengurusan Pentadbiran Pejabat
7
Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal
8
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
9
Pengurusan Perhubungan Luar

Bidang (1) iaitu Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi merupakan bidang kompetensi yang umum dan generik manakala bidang (2) hingga (9) lebih khusus mengikut konteks yang berkaitan.

Berdasarkan SKKSM, pengetua / guru besar dapat menghayati dan menguasai standard kompetensi kepimpinan apabila mereka mempunyai pengetahuan, memiliki nilai profesional dan melakukanamalan terbaik dalam sembilan bidang yang berkenaan.

Walau bagaimanapun beberapa ciri lain juga penting dalam proses meningkatkan lagi kepimpinan pengurus sekolah. Antaranya ialah kualiti peribadi seperti minat dan berfikiran positif, pengetahuan teori dan amalan pengurusan seperti pengurusan strategik; kemahiran seperti kemahiran membuat keputusan; dan teknik menangani perubahan.Gabungan kesemua ini akan memupuk gaya kepimpinan berpaksikan pengupayaan dan kerja sepasukan,penghayatan nilai-nilai murni dan memiliki tingkah laku positif sebagai lead-learner . Inilah ramuan penting seorang pengetua / guru besar sekolah yang profesional untuk mencapai kecemerlangan pengurusan yang menyeluruh dalam memperkasakan sekolah-sekolah Malaysia.

Tujuan SKKSM

SKKSM disediakan untuk:
·     memantapkan tahap profesionalisme pengetua / guru besar sekolah;

·     menyediakan dokumen panduan yang harus difahami dan diikuti oleh pengetua / guru besar sekolah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka;

·     membuka minda masyarakat umumnya dan stake-holders khasnya dalam memahami tugas dan tanggungjawabpengetua / guru besar sekolah yang pelbagai dalam persekitaran rencam;

·     digunakan oleh pihak-pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi lain yang berkaitan bagi tujuan latihandan pembangunan profesionalisme pengetua / guru besar sekolah dan bakal pengetua / guru besar sekolah; dan

·     dijadikan rujukan / panduan oleh pengetua / guru besar sekolah dalam melaksanakan penilaian kendiri dan panduan refleksi pengurusan pemimpin sekolah serta untuk merangka pembangunan profesional kendiri secara berterusan.

SKKSM merupakan senarai kompetensi minimum bagi pengetua / guru besar sekolah ke arah kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan sekolah. Walau bagaimanapun, SKKSM bukan instrumen untuk menilai kecekapan pengetua / guru besar sekolah. Sebagai garis panduan bagi peningkatan profesionalisme pengetua / guru besar,SKKSM boleh dikembangkan untuk memenuhi keperluan khusus yang lain seperti menjadi kriteria pemilihan pengetuacemerlang dan penganugerahan khidmat cemerlang. Dengan kata lain, SKKSM boleh digunakan sebagai asas dalam pembinaan instrumen bagi tujuan menilai tahap kompetensi profesionalisme pengetua / guru besar sekolah.

Elemen kritikal yang tiada dalam SKKSM ini yang MGBSIM meletakkan perkara ini sangat penting ialah bidang yang ke sepuluh iaitu Pengurusan Tarbiah atau Pendidikan yang memperkasa manusia sebagai Hamba Allah dan peranan besar mereka sebagai khalifah Allah. Sehubungan dengan itu, merujuk Modul Tarbiah yang tersusun dan dinamik, pengurusan tarbiah ini harus bergerak selari dengan mana pengurusan SKKSM yang lain dalam memastikan kelangsungan kompetensi pengurus sekolah itu berlaku


 Rujukan:
1- SKKSM
2- http://gurubesarcorner.blogspot.my/2015/05/standard-kompetensi-kepimpinan-sekolah.html



KEMAHIRAN ICT YANG HARUS PENDIDIK KUASAI

10 Tech Skills Every Educator Should Have

10 things you have to know to be computer literate
Are You Internet Savvy?
Computer Skills Checklist
Get Computer Skills as an Older Worker
Three Skills Every 21st-Century Manager Needs
20 Technology Skills Every Educator Should Have