Bidang ini memberikan fokus kepada fungsi pemimpin sebagai pengurus kurikulum yang menggerakkan segala sumber untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan semua murid.
2.1 Mempunyai pengetahuan mengenai:
2.1.1 Dasar Pendidikan Negara, Kurikulum Kebangsaan, undang-undang dan peraturan relevan dengan kurikulumserta perkembangan terkini dalam pendidikan.
2.1.2 Penjanaan strategi untuk meningkatkan prestasi kurikulum.
2.1.3 Prinsip pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2.1.4 Prinsip dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.1.5 Penggunaan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong pengajaran danpembelajaran.
2.1.6 Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid.
2.1.7 Prinsip dan terbaik penilaian dan penambahbaikan prestasi program dan murid ke arah kecemerlangan secara analitis dan saintifik.
2.2 Memiliki nilai profesional berikut:
2.2.1 Berpegang pada prinsip bahawa setiap murid boleh belajar dan berhak mendapat pengajaran dan pembelajaran.
2.2.2 Berpegang pada prinsip bahawa setiap murid mesti terlibat dalam aktiviti kurikulum
2.2.3 Menghargai masa pembelajaran akademik murid.
2.2.4 Berupaya menghadapi cabaran serta dapat menangani masalah dan isu-isu yang berkaitan dengankurikulum.
2.2.5 Komited terhadap usaha memajukan prestasi akademik murid.
2.2.6 Berpegang teguh pada ekspektasi yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Melakukan amalan terbaik dalam:
2.3.1 Membina dasar kurikulum sekolah berlandaskan Dasar Pendidikan Negara, Kurikulum Kebangsaan,undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan serta perkembangan terkini.
2.3.2 Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan prinsip dan peraturan.
2.3.3 Melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kurikulum.
2.3.4 Menggunakan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong pengajaran danpembelajaran.
2.3.5 Meletakkan sasaran dan cabaran yang tinggi terhadap pencapaian sekolah.
2.3.6 Memastikan pembelajaran menjadi teras aktiviti sekolah.
2.3.7 Menjalankan penilaian dan penambahbaikan program kurikulum seperti pemantauan pengajaran danpembelajaran berterusan, menganalisis prestasi pengajaran dan pembelajaran serta memberi maklum balaskepada guru untuk tindakan penambahbaikan.
No comments:
Post a Comment